Friday 12 October 2012

Duduk Sendiri

Aku duduk sendiri menghadap narkoba ringan di bilik sambil mentelaah batu bata pembangun kehidupan. Tegar benar aku. Kata kau mahu berubah tapi yang hitam itu masih juga di jadikan sebahagian dari antibody tubuh. sial. Sekadar menjadi manusia yang hanya konon-konon seorang khalifah. Pedulikan sama si sanyo yang berborak sorang. Aku cuba mendalami bahan gempal ini sehingga ke isi perutnya. Ah payah. Ah susah. Ah perit. Ah sakit. Tercungap-cungap. Berpeluh-peluh hati. Fikiran meraung kuat di jerut tali keingkaran sifat. Tak cukup satu narkoba aku tambah lagi menjadi dua narkoba. Bahan pembakar injap prestasi darah supaya mengalir dengan wajar. Banyak tanda soal panas dan mencair hasil dari pemejalwapan dosa. Aku tanya iman. Tiada rangsangan. Sudah tipis ilmunya dan tak mampu menawarkan jawapan yang di butuhkan kewarasan. Sudahlah aku tak mahu menambah narkoba ini menjadi tiga, empat, lima. Biarkan saja ia terneutral sendiri.

#10.10.12#
12.00 pagi

Senorita#1 + Senorita#2



Tak mampu beli. Sahabat beri AKU baca. Aku fotocopy. Walaupun zine lama. Terima kasih tetap terima kasih.

KIMIA|tersenyumlah dengan tabah.

Aku: ketawalah walaupun tanpa alasan kerana ia alasan untuk kita tak menangis.

Sinopsis aku- corak penulis perempuan memang tak pernah lari. sifatnya juga.

chao










No comments:

Post a Comment