Showing posts with label karya serius. Show all posts
Showing posts with label karya serius. Show all posts

Monday, 16 April 2012

Dari Sisi Kaca Dua




Berkepul kepul berasap membakar..
Di temani musik rancak serancak agenda yang di persembahkan..
Berhalusinasi sendiri.. Satu dua dan berkali kali menjamah sehingga tinggal abu..
Gelas kaca di isi ais dan dituang penuh..
Disaji oleh syaitan untuk aku jilat airnya.
Maaf aku manusia separa yang belum terfikir untuk mencuba menjadi iblis.
Aku di sini hanya mahu melihat, melihat dia yang sangat suka memerhati dan melihat mereka semua yang sedang menikmati..
Menari. Berahi. Beraksi. Yang terdedah kini kian bogel.
Oh manusia berlumba lumba mencampakkan bunga..
Bunga yang di lilitkan bersama nafsu dan dosa..
Aku melihat lagi. Di sudut kiri. Melihat air muka. Mencari sebuah rasa.
Dia menyisir dan belai leka sambil memperagakan perhiasan yang mungkin aku anggap paling berharga.
Tiada senyuman..
Sedih..
Jawapan YA! 
Itu yang aku sedang gambarkan untuk hati milikku..!!

Wednesday, 4 January 2012

Transperent


Agenda transperent
Tak terlihat alur yang mengalirkan arus kebenaran
Pertuturan dan pendengaran saling meracuni
Tunggang langgang
Minda songsang
Mahu kenal latar belakang history
Mahu merungkai isi perut biology
Mahu belajar rumus technology
Mahu menghafaz juzuk-juzuk economy
Jelas!
Zarah-zarah keras menerobos dinding-dinding sempadan
Kebarat tiada lagi yang sudi berdiri static di satah timur
Ya neraca itu sudah tidak seimbang
Mungkin nanti pasti!
Akan ..............

Aku takut

Thursday, 15 December 2011

Di Dalam Bilik Sempit

Kepala aku bedenyut  kuat.
Mata di ketap ketat sendat.
Tapi pelik akal aku tetap terbuka luas.
Seluas atmosfera yang aku pijak.
Mula merogol seluruh udara.
Gemas
Panas
Rakus
Udara itu sebenarnya kosong.
Tak terlihat jasadnya malah dirasa manis atau pahit pun jauh sekali.
Tapi mengapa aku ghairah meratah setiap inchi tubuhnya.
Kau tahu apa itu udara.
mungkin
sesuatu yang kau tak payah bayar untuk pakai.
mungkin
Sesuatu yang dijadikan sumber tenaga menjalani proses fotosintesis pertumbuhan
Tapi
Yang aku tahu udara itu adalah nafas aku.
Nafas yang berhembuskan  nyawa
Nyawa seorang hamba bernama manusia
Unik bukan
Sesuatu yang sifar
Sesuatu yang tiada nilai dalam RM
Terfikir aku sendiri

Mahu belajar sesuatu : terkadang benda yang kau tak nampak wujud itu lebih berharga dari benda yang ada di depan mata yang kau kejar hari-hari.

Hari ini aku hanya bersyukur.

Terima kasih TUHAN


Bilik Sempit
2.00 Pagi

Tuesday, 13 December 2011

Halusinasi



Tiba-tiba terukir
Kenapa dengan kau minda
Apa yang sedang berlaku
Kawal ya aku sedang ketuk
Berkali-kali sampai mati
Kaku 
Tapi lega


Baring
Office 1.00P.m 

Sunday, 9 October 2011

Keyboard Speechless


Alhamdullilah, Hari ini haku masih berstatus sebagai seorang Pekerja walaupun gejala lewat datang kerja masih juga tak dapat di bendung pada diri haku, Susah macam penagih dan dadah. Tegar. Tegar. Pakai bedung banyak-banyak pun ia kekal sama cot. Almaklum haku ni kan sleeping ghost. Worst!
Okeh, tadi haku dapat MCD free balasan cash tuhan bagi kat haku sebab jadi penasihat dan pengedar jam untuk boss si Nuek. Alah apa ada hal. Tolong orang memang termasuk dalam list kerja haku kan. -PowerPijot- Tapi apa-apa pun, Terima kasih atas rezeki-Mu Ya ALLAH. Dan Selamat Tinggal Kawan. From her side : Welcome to Dunia Penganggur.
Chosen by us:
Casio Baby G = black, Simple, sporty, high quality (Trimas to my cousin for da discount)
But Haku Adore Glew This!
My Target : Simple, Smart, Cheep, black, Small
 
Tarikh: 27.10.2011
________________________________________________________________________________

Ini haku yang serius berbicara okeh!



Alhamdullilah, sempat juga haku merasa duduk di angka 24. Panjang benar hayat yang di beri tuhan. Terasa haku semakin banyak menambah hutang dengan meminjam lagi tiupan nafas-nafas untuk menyambung kehidupan.
24 tahun, haku masih lagi di tepian jalanan. 24 tahun, haku masih lagi meratah rakus badan dan bahu jalan. 24 tahun, haku masih lagi having a fun di entertainment center. God! 

‘’Berubahlah, Kaw macam orang tak punya masa depan.’’ Sinopsis silap. 

*Patrick pown leyh terkejut beruk dowh. walaupun hakikat dier seekor tapak sulaiman!

Ayat penyata : Okeh. Haku akan berubah. 

Soalan : Tapi kalau haku berubah 100% sure ka yang haku punya masa depan macam ayat kacang tersebut tu.
 

P/s : Okeh kosongkan soalan SPK(Sijil Penilaian Kehidupan) di atas. Tunggu sampai keputusan akhir latihan praktikal haku baru isi jawapannya. Ganbatte Kudasai!

Gifter : Miss I'mie


 Birthday Cake Candle

Book by Jejari Seni

Kesimpulan buku nie : Maaf haku tak baca pun.(Nak tau nanti haku kasi pinjam) tapi haku suka ayat mukadimah this book.

Buat 'Awak yang mahu berubah
Berubahlah ke arah hidup lebih indah
bla.. bla.. bla.. (tgok sendiri gambar kat atas)
(E.N.D)

Tarikh : 01.10.2011