Monday 12 December 2011

心臓の翻訳

 Haku ingin jadi seperti INI
Warrghh.. Tensen + Buhsan! Terasa seperti mahu menjadi godzilla. Menghentak-henyak dada di atas bumbung biru milik si penjajah sambil mengunyah daging dan meranapkan tulang Si Murai Hitam berbelalai gajah A.k.A purchaser sebelah haku ini. Okeh haku memang terbaik dalam bab berimeginasi. ***** 5 Star

 TAPI Oleh kerana haku seorang budak kiut so cukup jadi INI JEWW!!

Back to haku punya story ler, 

Kenapa haku mengalami spikulasi ke’tensen’an?

1) keje haku semakin menjadi pasar lambak. Selonggok 10 ringgit di bayar dengan peluh kepenatan sendiri. Tambah lagi dengan longgokkan masalah peribadi dari gerai-gerai sebelah. Semakin penat. Woi apekah, do your own hell dude! Haku tak cukup anugerah nak jadi badan kebajikan buat keje untuk senangkan kaw. 

2) Tiap hari mendengar si Murai Hitam bedebab berleter dan bernyanyikan tentang irama itu dan ini. Oh Gosh! U r amazing. Tak berhenti dari 8-5. Book of record boleh catat nama kaw man! . Stop it. Nak haku angkat sepanduk besa-besa sebesar kaw punya badan kew hape. 

3) Duit baru saja habis membeli sport-rim mobil. Baiklah ini adalah sebuah kejutan electrik dari bapa kesayangan haku. Pandai tukar bil haku kene settle. Nasib baik haku tak kejong. Terbaik ayah!
 
4) Kekurangan aktiviti malam. Balik rumah cuci body, sumbat kantong dan tido sebelum pukul 830. Repeat in 1 month. Okeh memang membohsankan dan mengesankan jiwa haku sebagai seorang kaki ukur jalan
 
5) Hidup sepertinya punya makna 0. Tiada rasa keseronokkan. Melihat seorang haku yang hanya sendiri. Inikah yang di anggap perubahan. Ya mungkin lebih baik dari Si kutu rayau itu dulu. TAPI perubahan ini beli haku punya KEBAHAGIAAN.!

6) Haku menjadi perisai peperangan. Sang Kambing hitam ditengah menjadi bahan penghalang Si harimau belang dari Si singa putih dalam pertarungan mempertahankan secebis daging semut. Bodo!

In real life : Kawan haku kata, kalau kita tak suka sesuatu benda. Kita tak perlu buat dan tinggalkan. Easy rite.?

Tapi, apa yang haku lalui. 

Dalam perjalanan hidup ni, kadang-kadang kita tak diberi hak untuk memilih sesuatu yang kita suka saja. No choice. Mahu tak mahu kena lakukan. Belajarlah menghadapinya dan itu akan menjadikan kaw semakin dewasa.

Latihan praktikal (1 bulan)
Tidur cepat dan bagun awal. Tiada lagi pintu yang dilanggar tak seperti dulu. Hidup lebih teratur. Duit dapat di simpan. Datang keje tak lambat lagi. Gaji penuh bulan ni tak di cantas pemerintah. Okeh ini hasil dari perubahan rutin seorang haku. 

Ya sepertinya bagus tapi haku rasa tak gembira langsung sungguh!

Alololo.. Kiutnye!!

1 comment: