Thursday 15 December 2011

Di Dalam Bilik Sempit

Kepala aku bedenyut  kuat.
Mata di ketap ketat sendat.
Tapi pelik akal aku tetap terbuka luas.
Seluas atmosfera yang aku pijak.
Mula merogol seluruh udara.
Gemas
Panas
Rakus
Udara itu sebenarnya kosong.
Tak terlihat jasadnya malah dirasa manis atau pahit pun jauh sekali.
Tapi mengapa aku ghairah meratah setiap inchi tubuhnya.
Kau tahu apa itu udara.
mungkin
sesuatu yang kau tak payah bayar untuk pakai.
mungkin
Sesuatu yang dijadikan sumber tenaga menjalani proses fotosintesis pertumbuhan
Tapi
Yang aku tahu udara itu adalah nafas aku.
Nafas yang berhembuskan  nyawa
Nyawa seorang hamba bernama manusia
Unik bukan
Sesuatu yang sifar
Sesuatu yang tiada nilai dalam RM
Terfikir aku sendiri

Mahu belajar sesuatu : terkadang benda yang kau tak nampak wujud itu lebih berharga dari benda yang ada di depan mata yang kau kejar hari-hari.

Hari ini aku hanya bersyukur.

Terima kasih TUHAN


Bilik Sempit
2.00 Pagi

No comments:

Post a Comment