Sunday 17 March 2013

Maafkan aku

26 tahun cerita itu masih lagi sama
di ulang-ulang
di bangkit
di ungkit
ya aku tahu
aku cuma si penumpang rahimmu
yang tak sedarah
maaf
aku cuma mahu sedikit kasih kamu
maaf
aku cuma mahu sedikit perhatian kamu
maaf
aku cuma mahu sedikit simpati kamu
maaf
aku cuma mahu jadi sebahagian dari nama kamu
jangan kamu ulang lagi
aku tak mahu bawa itu
sampai aku hilang nyawa ini

tolong maafkan aku
tolong halalkan rasa sakit itu
kerana kalau aku tahu
aku pasti tak akan jadi
Si sial yang hadir dalam hidupmu

No comments:

Post a Comment