Warrghh.. Tensen + Buhsan!Terasa seperti mahu menjadi godzilla. Menghentak-henyak dada di atas bumbung biru milik si penjajah sambil mengunyah daging dan meranapkan tulang Si Murai Hitam berbelalai gajah A.k.A purchaser sebelah haku ini. Okeh haku memang terbaik dalam bab berimeginasi. ***** 5 Star
TAPI Oleh kerana haku seorang budak kiut so cukup jadi INI JEWW!!
Back to haku punya story ler,
Kenapa haku mengalami spikulasi ke’tensen’an?
1) keje haku semakin menjadi pasar lambak. Selonggok 10 ringgit di bayar dengan peluh kepenatan sendiri. Tambah lagi dengan longgokkan masalah peribadi dari gerai-gerai sebelah. Semakin penat. Woi apekah, do your own hell dude! Haku tak cukup anugerahnak jadi badan kebajikan buat keje untuk senangkan kaw.
2) Tiap hari mendengar si Murai Hitam bedebab berleter dan bernyanyikan tentang irama itu dan ini. Oh Gosh! U r amazing. Tak berhenti dari 8-5. Book of record boleh catat nama kaw man! . Stop it. Nak haku angkat sepanduk besa-besa sebesar kaw punya badan kew hape.
3) Duit baru saja habis membeli sport-rim mobil. Baiklah ini adalah sebuah kejutan electrik dari bapa kesayangan haku. Pandai tukar bil haku kene settle. Nasib baik haku tak kejong. Terbaik ayah!
4)Kekurangan aktiviti malam. Balik rumah cuci body, sumbat kantong dan tido sebelum pukul 830. Repeat in 1 month. Okeh memang membohsankan dan mengesankan jiwa haku sebagai seorang kaki ukur jalan
5) Hidup sepertinya punya makna 0. Tiada rasa keseronokkan. Melihat seorang haku yang hanya sendiri. Inikah yang di anggap perubahan. Ya mungkin lebih baik dari Si kutu rayau itu dulu. TAPI perubahan ini beli haku punya KEBAHAGIAAN.!
6) Haku menjadi perisai peperangan. Sang Kambing hitam ditengah menjadi bahan penghalang Si harimau belang dari Si singa putih dalam pertarungan mempertahankan secebis daging semut. Bodo!
In real life : Kawan haku kata, kalau kita tak suka sesuatu benda. Kita tak perlu buat dan tinggalkan. Easy rite.?
Tapi, apa yang haku lalui.
Dalam perjalanan hidup ni, kadang-kadang kita tak diberi hak untuk memilih sesuatu yang kita suka saja. No choice. Mahu tak mahu kena lakukan. Belajarlah menghadapinya dan itu akan menjadikan kaw semakin dewasa.
Latihan praktikal (1 bulan)
Tidur cepat dan bagun awal. Tiada lagi pintu yang dilanggar tak seperti dulu. Hidup lebih teratur. Duit dapat di simpan. Datang keje tak lambat lagi. Gaji penuh bulan ni tak di cantas pemerintah. Okeh ini hasil dari perubahan rutin seorang haku.
Ya sepertinya bagus tapi haku rasa tak gembira langsung sungguh!
Okeh. Jez borak-borak kentang setelah lama haku tak meng UPDATE posts.
Mahu dengar? Ini cerita tentang Impian akhir tahun 2011. -Dah akhir tahun baru konon nak ada impian- Cettt.
Impian baru haku kali ke-24 adalah untuk memiliki basikal fixie. Damn.. biar bonar! hahaha. Impian paling kelakar untuk seorang wanita seperti haku.-Ade Haku kesah-
End Story Mory : 1 Month duit Entertainment Hangusss.. Kesian Deh..
Pesanan Kerajaan : Bersenam bagus untuk kesihatan ' Selamat Bersukan'
Alhamdullilah. Kertas keje-keje yang melambak macam pasar lambak atas meja beres jugak akhirnya ye. Lapang seh. Holiday for one day bebeh!(jangan nak harap)
Nota kaki : Senang jew nak berehkan kertas keje atas meja. Hambek kepal-kepal pastuh wat belacan kat bawah meja. Tak pown lipat-lipat bu what kapal terbang then terbangkan pergi meja boss – you’re fired! Damn. Terbanglah jawatan kaw. Terus tak ada kaw tengok lagi keje yang melambak. Sekian.
Pandang kiri then kanan plak, google kelibat boss beso, kecik dan sederhana. Yipess! letak kepala bentar atas meja sambil memulakan kegatalan tangan haku. Conteng sini sana. Pastuh kaler-kaler. Haha ternyata haku seorang pekerja yang artistic. Jadah!. Dulu sampai kunyah pensel stabilo tapi Seni tak dapat A++ jugak.(Sebenonye den saje jew nak mengabihkan highlight dan ink pen. Pastuh request lagi kat Admin. Konon la ye banyak bu what keje. Taun depan boleh menang award ‘pekerja terbaikk’ lagi.. lalalla..).
Dialog kedai kopi
Wartawan si muka Fish
‘’ Lukis ape tuh. Nak tengok. Nak tengok. (ayat ngegade)’’ – blah la weyh haku sedang berhalusinasi nie. Kang nie makan dier. |Selipar rabbit saiz 7 kaler pink|
2 minit
King of Pistol
‘’ Apa bu what tuh. Macam budak kecik jew. Buang masa. (terkeseng-keseng kat tepi jadi spy tak berbayar)’’ – APTB punye orang. Do i concern u.
1 minit
Mr. Perfect(acting)
‘’ Tolong check kan project nie dah keluar kew belom. Apa lukis macam orang tak ada keje ’’ – Okeh. Layan. Oh kaw memang penyebok!
Hey, Hoi. Stop at there! give me 5 minute la. Astro pown ada iklan lama-lama walaupun kena bayar. Ingat kalau bu what keje 8 jam tanpa henti boleh naik pangkat and gaji setaraf dengan big boss kew hape. Kemonlah. Buku fakta kata, refreshing diri itu tersangatlah perlu. Tak kiralah apa pun yang di lakukan masa me’refresh’kan diri tu. Sama ada melukis kew, merokok kew, menyanyi kew, tengok faceBuku kew or whut eva lah. Ianya terpulang pada hak asasi seseorang individu dan orang lain tak perlulah rasanya untuk mempertikaikan dan melabelkan individu itu sebagai si pembuang masa, si habitat pemakan gaji buta atau etc. Okeh, pengabisan cerita merepek. Masa itu memang bernilai, tapi ia tak boleh guarantee pun kehidupan kaw sama bernilai kalau kaw isinya dengan 100% benda yang orang kata berfaedah.
Alhamdullilah. Sambutan raya kini semakin hampir menuju ke garisan penamat. Sekejap beno rasenye. Hai selamat tinggal Syawal. Paipai jugak kat nenda, pokcik, mokcik, sidare-sidare dan sahabat pandai yang lain. Taun depan korunk boleh meng’interview haku lagi okeh.! Dasar!
Back to future (raya taun depan)
Tutup pintu rumah. Letak manga dan signboard beso-beso ‘No Entry’ haha.
Haku like 100x hari raya bukan sebab haku dapat duit raya or dapat jumpa kaum kerabat or dapat pakai baju baru yang cantik lagi glamor tunjuk kat semua mata sapa lagi bergaya tapi haku suka sebab dat time la haku dapat menghilangkan spekulasi tekanan kehidupan haku. Duduk di kampung kembungkan perot dengan udara segar sambil menghayati keindahan pinjaman tuhan. Cewahhh.! Tapikan apa yang paling terpaling haku gemolah time raye ni, banyak makanan yang boleh memuncitkan si Kantong kesayangan. Tuh jew. Kuih raya, lemang, ketupat, burasak, lepat luih, whuteva dll. Makan macam nak rak pastuh tido. Syokk 50x ganda. Tak fikir punya pasal lemak, kolesterol, bla.. bla.. bla. (Apa ada hal)- To dak kecik-kecik, don’t try dis at home. Kang tak pasal-pasal dapat kurniaan di hari raya(obesiti & penyakit lain akibat pemakanan yang tak sihat).
But haku jugak xlike 200x hari raya dari dulu sampai la ni sebab hari itulah berkumpulnya ahli-ahli pengkritik dan peng’soal yang terbaikk dari ladang. Peh.. migrain kepala lutut haku.
Antara taun-taun yang paling haku tak boleh blah :
8 Taun lepas
Group 1 : Zah anak kaw keputusan dapat berapa A? Dapat A subjek apa? Dapat tawaran ark sekolah-sekolah asrama? Pot..pet..pot..pet. - Hai!(Haku boleh dengar, tersengih dan diam)
6 Taun lepas
Group 2 : Zah anak kaw dapat masuk U or IPTA/IPTS? U or IPTA/IPTS mana? Bagus kew? Kalau tak dapat kawinkan aje. - Ewah banyak cantik!(Haku boleh jeling, bangun dan blah)
4 Taun lepas
Group 3 : Zah anak kaw tak sambung belajar lagi kew? Tak amek Dgree, Phd, Master n etc? So lepas ni dia nak keje mana? Tak dapat keje lagi? - Erm!(Haku boleh wat muka seposen, makan dan tido)
2 Taun lepas
Group 4 : Dah keje belum? Keje mane? Keje sebagai apa? Gaji beso tak? Ada pangkat tak? Keje sama bidang dengan study dulu ea? - Cett!(Haku hanya boleh jawab apa yang patot, bangun, masuk bilik)
Taun ni
Group 5 : Zah dah beso dah anak kaw ni ye? Dah kawin belum? Dah ada calon kew? Bila nak langsungnya? Cepat-cepatlah sikit. - Arghh!(Haku hanya mampu tersengih)
Kemonlah. Raya itu adalah hari untuk bersuka-ria, hari untuk bermaaf-maafan, hari untuk merenung dan perbetulkan kekhilafan bukan untuk bertanyakan tentang itu dan ini. Abg Naz ahmad mulut saye dah berbuih dah menjawab soalan-soalan semua. Bukan untuk menjaja cerita horang sana horang sini. Cik Mummy Jarum telinge saye pown dah bernanah dah dengar semua umpatan. Bukan jugak hari untuk membuat pembandingan keturunan siapa yang paling gah. Encik Megat saye dah tau dah keturunan anda adalah yang paling terbaik wokkk. Kalau nak buat macam tuh semua baik namakan hari human besh ter’besh award. Ni tak nama jew hari merdeka raya tapi pemikiran tak sama pown. Choi. Haha..
Okeh, end of kisah merepek, hentikanlah penyakit tradisi ni sebelum semua horang-horang seperti haku fadeup. Bukan niat haku untuk kurang hasam jawa kat sini tapi pencegahan awal perlu dilakukan sebelum ianya terlambat. Don’t break my heart all. (Peh tiroo iklan dadah/rokok sott). Chao.
P/s : Nama-nama yang tersebut di atas tiada kaitan antara hidup ataupun yang telah meninggal dunia.
Alhamdullilah. Dari segi fizikalnya, blog haku ini sudah berwajah baru. Bukan sekadar operation wajah jew tapi nama dan bapanya pown baru jugak. Bagus deh. Freedom. Merdeka. Hilangkan kisah busuk hari lepas haku nun jauh kat sana. Simpan si berbau itu ketat-ketat dan kunci rapat-rapat pada ruangan dada kekasih lama Mr Wordpress. Selamat Hari kemerdekaan Si Kekupumalas! Yipesss!
Lalalala~~. Nyanyi-bernyanyi macam orang separa sedar. Sambil menekan-nekan butang dan hangguk-hangguk kepala otak.. Berteraburkan kata pada skrin. Choi.. Apa kaw tegok la mat/minah. Eleh macam tak pernah nampak orang mengarut kat sini. Haku tow kaw mesti pernah meng’enjoykan diri dengan tulisan kehidupan macam haku rite? Tak di blog, kaw mesti guna dairi@P&C book kaw. Ngaku jewla. Kemon. Life its better if u have something which u can story mory whuteva u want from A to Z w/o any prejudice.
Mari, haku baru saja mahu menarikan jari jemari atas keyboard berhabuk mengikut irama naluri haku. 1 2 3 4 5 menari, tekan, picit abjad pape pown sampai hati haku puas melihat ayatnya. Haku tak malu untuk merepek. Like 100x. Lantaklah sama dunia horang-horang yang memilih untuk menjadi pengkritik. Apa ada hal. Haku hanya kisah pada dunia haku yang satu ni. Dunia merepek aku. Kebanyakkan horang mencipta ruangan di blog-blog or laman-laman web percuma semata-mata untuk kepentingan diri mereka. Samalah macam haku. Whose care! Yang penting hati banyak senang. TAPI, apa-apa pown dalam dunia haku satu jew perlu haku ingat.
Pesanan horang tua :
‘’Nak, kaw nak buat apa pown dalam dunia ni kaw buatlah asalkan kaw tak langgar batas agama, kaw tak jatuhkan maruah keluarga dan kaw tak belot pada negara’’
So haku tak akan mengulas pasal apa-apa berkaitan politik (wat dunno sudeh). Haku juga tak akan sentuh bab-bab agama (I’am Noob derr). Lastly, haku tak akan lakukan perkara-perkara yang boleh menjejaskan rohani dan jasmani haku sebagai horang yang bermaruah dalam blog ini (family important).
Renungan untuk di termenungkan :
kehidupan yang berjaya tidak di nilai dengan pangkat, kepandaian, kekayaan, kehormatan tapi ia di nilai dengan kebaikkan, keimanan, kesabaran dan keikhlasan.