Saturday 20 October 2012

Ini untuk kamu #malam minggu

Hai kamu.
Kamu yang duduk di situ.
Kamulah kamu siapa lagi.
Kamu kami sedang pandang kamu.
Kami prihati.
Kami ekori.
Kami dampingi.
Kami mahu miliki.
Kamu indah.
Kamu megah.
Kamu tabah.
Kamu tersenyum.
Kamu ketawa.
Kamu menangis.
Kamu semua.
Kamu sempurna.
Eh kamu, kenapa terasa ada daya magnet menarik.
Tarik kami sehingga diri kami menjadi pelik.
Dari kami tiada rasa menjadi rasa suka.
Dari kami buta menjadi celik perkataan cinta.
Dari kami bisu menjadi petah berbahasa pujangga.
Dari kami si pengawal nafsu menjadi si iblis penghuni abadi neraka.

Arghh mengapa dengan kami.
Kami sedang melawan arus kewujudan kami.

Maaf ini untuk kamu.
Kami potong dari sebahagian hati milik kami.
Kami selitkan tengahnya bersama secebis impian kami.
Kami mohon kamu terima ini.
Tapi sayangnya kamu semakin menghilang kini.

Kami baru sedar yang kamu hanya pelakon dari ribuan mimpi-mimpi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kau pernah tak buat sesuatu benda yang salah tapi untuk tujuan yang betul?. Mungkin pernah. Mungkin tak pernah. Tapi aku sudah banyak kali. Rasa macam betul hakikatnya salah. Diamkan.

"you know.. you know. i will never ask you to change- Just the way you are" layan si bruno menyanyi sambil karang memo.

Terasa ingin berjalan keluar menghirup udara sejuk lepas hujan. Aku bersinglet dan berseluar boxer. Hanya buka tingkap luas lalu tarik nafas panjang. Bermacam bau. Ada bau segar air hujan. Ada bau makanan. Ada bau binatang. Ada bau bahan pencuci. Tapi bau yang kuat terhidu bau manusia.

Teguk coke semalam. Lihat cermin di sisi. Rambut hitam panjang. Kulit sawo matang. Mata separa bulat. Hidung pesek. Mulut sederhana besar. Leher jinjang. Badan tak berisi. Ada tangan. Ada kaki. Nyatanya aku manusia sempurna. Cuma.
Biarkan yang cacat itu tertutup di dalam.

Ambil gitar. Berhabuk. Lama aku tak petik-petik. Tampal rindu di tali-talinya.
Pasti akan aku main sampai pagi

kepala di bawah kaki di atas
@tab
#a#e#f#g

No comments:

Post a Comment