Sunday 17 March 2013

Maafkan aku

26 tahun cerita itu masih lagi sama
di ulang-ulang
di bangkit
di ungkit
ya aku tahu
aku cuma si penumpang rahimmu
yang tak sedarah
maaf
aku cuma mahu sedikit kasih kamu
maaf
aku cuma mahu sedikit perhatian kamu
maaf
aku cuma mahu sedikit simpati kamu
maaf
aku cuma mahu jadi sebahagian dari nama kamu
jangan kamu ulang lagi
aku tak mahu bawa itu
sampai aku hilang nyawa ini

tolong maafkan aku
tolong halalkan rasa sakit itu
kerana kalau aku tahu
aku pasti tak akan jadi
Si sial yang hadir dalam hidupmu

Saturday 16 March 2013

Coretan suara OK

untuk ke 120 kali semangat itu patah
bernyanyilah dari dia menangis
itu lebih baik

layan lagu rock lama-lama
1.35


Thursday 14 March 2013

Memang senak dunia ni

Ho mak i.. sigh.. ;

bila awal cerita aku dah mengeluh memang senak dunia ni!
dari tempat keje sampai ke tempat tidur
aku penat fikir
apa yang lepas
apa yang bakal berlaku
apa yang tengah terjadi

Tolong libas aku
dengan 1 juta tebal sabar
biar berotak sedikit aku!
biar berperasaan sedikit aku!
biar beriman sedikit aku!

Jadi manusia, orang, teman, anak, kakak, adik.
KAU RASA SENANG!
PAYAH LA SHIYAWL!

oh mulut sedarlah sikit apa yang kau bebual. Aku tampar kang. Haih2..

p/s ; kata-kata mencarrot tidak baik untuk kesihatan. <- ini peringatan untuk aku.


MYVI hancur
carut pakai tab
@8.24
(-.-)
aku



Friday 1 March 2013

Wahai jiwa yang tenang

nota hari ini

; kau boleh beli tilam yang empuk tapi tak semestinya kau akan dapat tidur dengan lena

Aku ; dari fikirkan tentang orang lain lebih baik fikirkan tentang diri sendiri

istighfar

Saturday 23 February 2013

Antara aku dan kau


Antara aku dan kau
sebenarnya tiada apa-apa
kosong
tapi aku masih seperti itu
mengharap
menunggu

setan kau hati
aku sakit bodoh!


Thursday 31 January 2013

Serangkap dua

Bulan yang harinya entah apa-apa. Waalaikumsalam januari. Tinggalkan aku bersama si dia yang baru bernama februari.
Assalamualaikum februari. Semoga 28 hari yang datang bersama kamu punya sesuatu yang lebih bermakna dari yang entah apa-apa yang pergi.

jodoh itu allah yang tentukan
rezeki itu juga allah yang tentukan

alhamdullilah


Friday 7 December 2012

Hari pura-pura

Hari pura-pura.
Aku sedang hidu racun untuk aku tumbuh matang
Muntahkan
Yang berwarna merah jingga kuning hijau biru indigo unggu

Cecair dari hidung mengalir
Dan aku blurr

aku ; mak orang rasa nak berhenti kerja la. Duduk rumah. Boleh?
mak ; boleh nanti buat kerja rumah semua. masak kemas rumah basuh baju.
(menyampuk)
ayah ; okehla nanti mak boleh kerja kat tempat ayah. jadi tukang cuci.

; label anak tak berguna pulak. tapi serius aku penat



Wednesday 5 December 2012

Rabu in jaybee bluess

Rabu, aku harap sangat kau tak singgah pada 7 hari milik aku!
Harapan ; isnin, selasa, ahad, khamis, jumaat, sabtu dan welcome back ahad!

Hari yang normal. Pagi bangun mesti pagi-pagi dan magrib balik pasti tengah magrib. Perlu pengorbanan jitu untuk tukarkannya dengan secupak beras mengalas kantong. 
Akur

soalan hari ini ; macam mana mahu memastikan bayang kita lurus sedangkan diri kita bengkang bengkok?



---------------------------tamat--------------------------------

makan ubi rebus + sambal sotong ; minum nes-o | terubat hati | tak apa mungkin lain kali bila ada rezeki