Tak terlihat alur yang mengalirkan arus kebenaran
Pertuturan dan pendengaran saling meracuni
Tunggang langgang
Minda songsang
Mahu kenal latar belakang history
Mahu merungkai isi perut biology
Mahu belajar rumus technology
Mahu menghafaz juzuk-juzuk economy
Jelas!
Zarah-zarah keras menerobos dinding-dinding sempadan
Kebarat tiada lagi yang sudi berdiri static di satah timur
Ya neraca itu sudah tidak seimbang
Mungkin nanti pasti!
Akan ..............
Aku takut

No comments:
Post a Comment