Monday 16 April 2012

Dari Sisi Kaca Dua




Berkepul kepul berasap membakar..
Di temani musik rancak serancak agenda yang di persembahkan..
Berhalusinasi sendiri.. Satu dua dan berkali kali menjamah sehingga tinggal abu..
Gelas kaca di isi ais dan dituang penuh..
Disaji oleh syaitan untuk aku jilat airnya.
Maaf aku manusia separa yang belum terfikir untuk mencuba menjadi iblis.
Aku di sini hanya mahu melihat, melihat dia yang sangat suka memerhati dan melihat mereka semua yang sedang menikmati..
Menari. Berahi. Beraksi. Yang terdedah kini kian bogel.
Oh manusia berlumba lumba mencampakkan bunga..
Bunga yang di lilitkan bersama nafsu dan dosa..
Aku melihat lagi. Di sudut kiri. Melihat air muka. Mencari sebuah rasa.
Dia menyisir dan belai leka sambil memperagakan perhiasan yang mungkin aku anggap paling berharga.
Tiada senyuman..
Sedih..
Jawapan YA! 
Itu yang aku sedang gambarkan untuk hati milikku..!!

No comments:

Post a Comment