Wednesday, 21 November 2012

Maha Suci Allah

Dari rasa cinta sepasang manusia
Dari beribu benih halal menjadi satu pemenang
Dari susur gelap mula berumahkan rahim
Dari darah beku ke seketul daging comel
Dari tulang di selubungi isi merah
Dari organ, anggota menjadi bentuk yang sempurna semua
Dari jasad menyambut tiupan roh
Dari lorong sempit kepala keras menjengah
Dari senyap menjadi pemecah sepi

Dia menguncupi dan membisikkan kalimah indah
MAHA SUCI ALLAH

Itu cerita 27 tahun lalu
Selamat hari lahir sahabat

21.11.12



Cup cakes : Aku beli. Aku makan sendiri. So sweet ^ ·^"

Cup cakes simple sebab 'Matoki' itu susah nak buat.!

Special thanks to cup cakes maker. Seminggu try hasilkan design yang aku mahu. Tapi tetap tak menjadi... hihihi..
; Maafkan saya


Wednesday, 7 November 2012

Tuesday, 6 November 2012

Dua benda yang saling berkaitan

Aku benci membaca
Tapi aku amat gilakan puisi!
Membaca dan puisi
Dua benda yang saling berkaitan


Suka ; buku lama, tapi aku baru je dapat beli ^·^

Mak masak ayam goreng, sup sayur, sambal belacan. Aku makan macam nak rak. Tapi tetap perut aku menangis lapar. kenapa?

Monday, 5 November 2012

Criminal Emotion

Kau marah kau diam
Senyap seperti orang batu
Simpan lama-lama dalam hati
Sampai ianya pecah
Bertaburan
Dan kau mati


10.27-Bantal busuk penstabil emosi
Criminal emotion


Sunday, 4 November 2012

Di warung jalan meldrum

Depan ada semangkuk laksa. Masih panas. Di tepinya ada chop-stick berwarna hitam dan sudu sup besar. Aku pandang sambil telan air liur. Okeh aku manusia cool yang tak geti guna chop-stick! Aku buat dang je makan guna sudu sup. Dia cakap aku bodoh lalu gelak-gelak. Aku tak kisah sebab akukan cool.

Aku suka makan di warung jalan meldrum
Aku boleh lihat tukang masak memerah keringat
Aku boleh hidu bau dan asap makanan
Aku boleh rasa persekitaran yang penuh dengan cerita

Itu kenangan

; Menunggu pukul 10.30

Cornetto mini tapi nikmatnya besar!

Friday, 2 November 2012

Untunglah kau manusia

Bad mood!
Hari cerah yang menjengkelkan
Mengejek-ejek usaha aku untuk sebuah harapan
Aku fikir itu jelik
Kau kawal nafas tuhan ini guna kuasa veto bertuah
Untunglah kau manusia!

Senyum sinis : Layan 'Aku terima nikahnya', makan kopok sambil baring goyang kaki. Macam orang pemalas. Eh aku tak malaslah cuma aku tak ada DISPLIN!

..Pengajaran hari ini..

-->Mungkin bila mak aku jual tv, buat sekatan makanan dan ikat kaki aku jangan bagi goyang pasti aku serta merta berubah jadi orang yang BERDISPLIN.
-Bodoh punya pemikiran-


Sekian,
Aku seorang pencacai





Monday, 29 October 2012

Pengalaman bangunnya Seorang AKU

Jendela mata di buka
Di sisi ada budak bermata bulat
Melihat aku yang masih berselimut di sini
Bangunlah seorang aku
Lihat matahari terbit di langit
Detik itu tak pernah menunggu sesiapa yang terlewat

Di sini air mengalir sejuk
Menampar-nampar muka yang lesu
Liang-liang roma segar terbuka tegang
Berdiri seolah-olah mahu menari
Ulang lagi
Bangunlah seorang aku
Nikmat ini pasti terlepas jika kau tak merasakannya

Melihat wajah-wajah yang tak aku tahu sifatnya
Mulut melebar ke kiri dan ke kanan
Diri menyapa dengan debaran
Letak perasaan malu itu jauh di satu sudut
Dalam demensi hati terkunci yang di letakkan label 'jangan sentuh'
Sekali lagi
Bangunlah seorang aku
Nilai itu perlu kau pelajari supaya kau tak kekok melakukannya

Makan itu makan ini
Beza menunya bercanggah rasa selalunya
Tekak perlu selarikan semua
Agar perut terisi penuh dan tak kedengaran bunyi peliknya
Bangunlah seorang aku
Laluilah kehidupan manusia yang punya segalanya

26.10.12- Pengalaman bangunnya seorang aku

Kuala berang ooo kuala berang. Tetiba aku berhasrat yang melangkaui batas seorang aku. Ketawa aku fikir. Tak kisahlah. Just do it! Oppa gangnam style.. hahah

satu gambar jalan pulang

Tuesday, 23 October 2012

Aku perlu kau malam ini

PaLam.. Ralat bunyiknya.
Mornite. okeh ini biasa dengar.
hey baby give me one more night.. yeaah.. yeaahhh..
Jerit-jerit. Hentak kaki. Hangguk kepala.
Paksa mata berada dalam kondisi normal.
Aku perlu kau malam ini.
Jangan pergi dulu.
AKU LARANG KERAS!!

@tab.dalam bilik kuning
Kerja ini membuatkan aku memperkosa mata dan seluruh tubuh.
Kejam

<3berkepul-kepul, panas, puas