Monday 29 October 2012

Pengalaman bangunnya Seorang AKU

Jendela mata di buka
Di sisi ada budak bermata bulat
Melihat aku yang masih berselimut di sini
Bangunlah seorang aku
Lihat matahari terbit di langit
Detik itu tak pernah menunggu sesiapa yang terlewat

Di sini air mengalir sejuk
Menampar-nampar muka yang lesu
Liang-liang roma segar terbuka tegang
Berdiri seolah-olah mahu menari
Ulang lagi
Bangunlah seorang aku
Nikmat ini pasti terlepas jika kau tak merasakannya

Melihat wajah-wajah yang tak aku tahu sifatnya
Mulut melebar ke kiri dan ke kanan
Diri menyapa dengan debaran
Letak perasaan malu itu jauh di satu sudut
Dalam demensi hati terkunci yang di letakkan label 'jangan sentuh'
Sekali lagi
Bangunlah seorang aku
Nilai itu perlu kau pelajari supaya kau tak kekok melakukannya

Makan itu makan ini
Beza menunya bercanggah rasa selalunya
Tekak perlu selarikan semua
Agar perut terisi penuh dan tak kedengaran bunyi peliknya
Bangunlah seorang aku
Laluilah kehidupan manusia yang punya segalanya

26.10.12- Pengalaman bangunnya seorang aku

Kuala berang ooo kuala berang. Tetiba aku berhasrat yang melangkaui batas seorang aku. Ketawa aku fikir. Tak kisahlah. Just do it! Oppa gangnam style.. hahah

satu gambar jalan pulang

1 comment:

  1. kalau ada sebarang kekurangan dan kesalahan yang tak tersengaja dari kami sekeluarga, mohon dimaafkan ye buk. jangan serik nak datang lagi... hee~

    ReplyDelete